Maklumat Dokumen ____________________________________________________________

No Rujukan
AOSH10001
Tarikh21 01 2010
Dihantar OlehRoslina Md Husin
Bahagian/UnitITD
KategoriArtikel OSH
TajukMakluman: Majlis Penganugerahan Sijil OHSAS 18000 & MS 1722 (NCSB) kepada UniMAP
-
Penulis/PengarangNIOSH
Penerangan
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengerusi NIOSH,
Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye telah
menyampaikan Sijil OHSAS 18000: 2007 & MS 1722:
Part 1:2005 oleh NIOSH Certification Sdn. Bhd.
(NCSB) kepada Y.Bhg. Brigidier Jeneral Dato'
Profesor Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kangar,
Perlis semalam (Isnin, 18 Januari 2010).

Sempena Majlis Penganugerahan tersebut, Y.Bhg.
Tan Sri yang diiringi oleh Pengarah Eksekutif
NIOSH, Ir Haji Rosli bin Hussin dan Pengurus
Besar NCSB, En. Iskandar Syahril Ibrahim Sukri,
juga telah merasmikan Minggu Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan UniMAP.

Untuk makluman, UniMAP merupakan universiti
kedua selepas Universiti Malaysia Pahang (UMP)
yang telah mendapat penganugerahan tersebut.
Adalah diharapkan agar lebih banyak lagi
institusi pengajian tinggi dan institusi
pendidikan lain yang akan mengorak langkah sama
ke arah mendapatkan persijilan tersebut.

Kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan majlis ini, bagi pihak Pengurus Besar
NCSB, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
dan dilampirkan bersama beberapa gambar untuk
tatapan semua.

Sekian, harap maklum.

Ms. Ruzita Shariff
Lokasi Simpanan-
Lampiran ___________________________________________________________

Nama LampiranNew Image1.JPG, New Image2.JPG, New Image3.JPG
View File, View File, View File